Di TikTok, pelakon Datin Atikah Suhaime sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik video masak nasi goreng resipi ibunya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Atikah Suhaime, Tengah Mual Boleh Masak Untuk 10 Orang – ‘I Tak Rasa Stress Ketika Preggy’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lately Ini Alahan Makin Teruk’ – Mual Makin Teruk & Tak Boleh Makan Bawang, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaimie Teruja Dapat Kereta ‘Second Hand’ Daripada Suami, Dedah Masih Belum Ada Lesen
Pernah hidup susah
Menerusi video berdurasi 5:15 saat, Atikah dilihat sedang menyediakan nasi goreng untuk keluarga mentuanya. Menurut Atikah, ada kisah disebalik nasi goreng yang disediakan olehnya itu.
Ujar pelakon filem ‘Kelibat’ ini, resepi nasi goreng itu selalu dimasak oleh ibunya sewaktu mereka pernah hidup susah. Tambah Atikah, dia tidak menyangka menu tersebut menjadi kesukaan suami dan bapa mentuanya.
Nasi goreng ini ada kisah silamnya. Dulu keluarga saya masa susah hari-hari mama akan buat nasi goreng tapi tak pakai daginglah, setakat ikan bilis sahaja.
Kadang-kadang saya teringin makan masakkan mama, jadi buatlah nasi goreng ala mama masak. Papa mentua saya terbau nasi goreng itu dia minta.
Saya cakap dekat dia ini masakan orang miskin sahaja, biasa-biasa, pandai makan ke? Sejak hari itu resipi nasi goreng ini sangat popular di rumah mentua.
Berbicara lebih lanjut, isteri kepada Datuk Lokman Teh ini berkata, di sebalik kisah nasi goreng ini juga membuatkan bapanya tidak mahu lagi menikmati makanan tersebut kerana akan teringat kehidupan susah yang pernah mereka lalui.
Kali ini bukan saya mengidam tetapi suami yang nak makan nasi goreng. Dia cakap siap mimpi lagi nak makan nasi goreng masakan saya. Ironinya keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ini sebab trauma waktu susah dulu. Jadi itulah kisah nasi goreng resipi mama saya ini. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri sekarang ini.
Di akhir video, Atikah menitipkan nasihat dan pesanan kepada orang ramai supaya sentiasa bersedekah. Jelasnya lagi, dia akan memberikan wang belanja kepada ahli keluarga dan berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Untuk pastikan rezeki tak putus, jangan lupa sedekah walaupun RM2 sekali pun kepada yang memerlukan. Jangan pernah kedekut pada mak ayah sendiri. Walaupun keluarga mentua kaya, saya masih beri sedikit duit, belanja makan atau apa sahaja.
Video
@atikahsuhaimeeee Mukbang nasi goreng. Kali ni, husband yg craving bukan i ? #fyp #nasigoreng #nasigorengresipi #mukbang #foodtiktok #malaysiatiktok
Sumber: Atikah Suhaime