![[VIDEO] Atikah Suhaime Masak Tiga Juadah Ketika Bercuti, Netizen Puji Rajin – ‘Dia Yang Kaya Pun Tak Order Luar’](https://asset.ohbulan.com/2025/05/atikah-suhaime-12.jpg)

Hantaran pelakon Datin Atikah Suhaime sering meraih perhatian dengan semangatnya yang suka memasak walau di mana sahaja dia berada.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Mahu Terlalu Kawal Kehidupan Anak – ‘Itu Adalah Pilihan Dia’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Belum Sedia Untuk Tambah Anak – ‘Saya Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Mulan’
Rajin masak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, dilihat sedang bercuti bersama keluarganya di Janda Baik.
Menurut Atikah, dia tidak boleh bercuti ke luar negara dengan keadaan puteri sulungnya, Mulan yang masih kecil.
Video yang berdurasi selama 5 minit itu mencuri tumpuan warganet apabila Atikah menyediakan tiga jenis juadah walaupun sedang dalam mod bercuti.
Saya masih tak boleh ke luar negara sebab Mulan masih bayi, suami rajin bawa kami ke Janda Baik untuk bercuti.
Suami minta sup ekor. Paling senang nak buat dan kegemaran suami saya.
Seterusnya, ayam kicap sebab takut Amir (adik ipar) tiada mahu makan daging.
Akhir sekali, sayur goreng.
Pada akhir perkongsian, suami kepada pelakon berusia 34 tahun itu mengucapkan terima kasih atas usahanya yang telah menyediakan tiga juadah untuk dijamah bersama.
Raih pujian




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Atikah yang rajin masak walaupun kehidupannya dipenuhi dengan kemewahan. Selain itu, warganet turut kagum dengan personaliti Atikah yang tidak menghiraukan gelarannya sebagai ‘Datin’.
Sumber: TikTok @TikaMe



![[VIDEO] Ramai Sangka Hasil AI, Babak Inspirasi ‘Ghibli’ Iklan GSC Ini Adalah Animasi Sebenar](https://media.says.com/2026/09/adgscci-scaled.jpg)




