Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime mendedahkan belum bersedia untuk menambah cahaya mata kerana mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak perempuan, Lyla Mulan Teh.

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaimie Perjelas Buat Dua Jenis Pantang, Jawab Isu Tak Ikat Rambut Cekang Nanti Muka Jadi Kendur

Bukan tak mahu…

Bagaimanapun, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, akui mahu mempunyai ramai anak namun pengalaman mengandung yang membuatkan dirinya trauma.

Pelakon drama Pencuri Hati Mr. Cinderella itu berkongsi quote yang menyatakan perasaannya tentang anak menerusi muat naik di Instagram Story (IGs).

Setiap kali keluarga saya minta saya untuk tambah anak lagi, bukan tidak mahu tapi..

Saya juga ingin memberikan yang terbaik kepada Mulan. Saya mahu memberikan segala-galanya kepada Mulan.

Jika Mulan gembira mungkin saya akan bersedia untuk tambah anak lagi.

Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mulan.

Sumber: Instagram