![[VIDEO] Atikah Suhaime Rindu Nak Masak Untuk Suami Setiap Hari](https://asset.ohbulan.com/2025/06/atikah-suhaime-13.jpg)
Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime mengakui dia kesuntukan masa sejak bergelar ibu beberapa bulan yang lalu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Belanja Pengasuh Makan Korean Sashimi Cecah RM400
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Tak cukup masa

Menurut pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, banyak perkara yang memerlukan perhatian antaranya dirinya, suami iaitu Datuk Lokman Teh dan anak sulung, Lyla Mulan Teh.
Kata pelakon filem, Lupakan Cinta, dia rindu untuk memasak hidangan buat Lokman namun kekangan masa menjadi penghalang.
Sejak jadi Ibu, asyik terkejar-kejar masa. Macam mana nak pastikan Mulan ada masa dengan saya, nak kuruskan badan.
Dalam masa yang sama rindu suami. Sekarang saya dan suami masing-masing sibuk. Rindu nak masak untuk suami setiap hari macam dulu tetapi waktu mencemburui.
Kalau bab kawan, memang tiadalah. Siapalah yang nak lepak dengan ibu yang masih ada anak kecil.
Kadang-kadang perjalanan ini boleh menjadi sepi tetapi saya hanya mengikut aturan yang ditetapkan.
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada usahawan, Lokman pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mulan.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
