Video memasak dan ‘mukbang’ yang dimuat naik oleh pelakon Atikah Suhaime, sering kali mendapat perhatian warganet di platfrom TikTok.
Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Suami Pakai Rantai Emas, Atikah Suhaimie Beri Respons – ‘Saya Pun Tak Sempurna..Doakan Kami Berubah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaimie Teruja Dapat Kereta ‘Second Hand’ Daripada Suami, Dedah Masih Belum Ada Lesen
Mukbang dalca daging
@atikahsuhaimeeee Mukbang Beef Dalca for lunch! Recipe mama tika! #dhal #dalcarusuk #resipitiktok #tiktokmalaysia #fyp #mukbang #foodtiktok
Menerusi perkongsian terbaharu, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime memuat naik video yang memaparkan dia sedang menyediakan masakan tengah hari resipi daripada ibunya iaitu Dalca Daging.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang warganet yang menyatakan bahawa dia tidak pernah melihat aktres berusia 33 tahun itu menikmati juadah ayam.
Menurut Atikah, dia tidak mampu menahan bau dan rasa, sehingga menjadi punca dia tidak dapat makan lauk pauk yang berasaskan ayam sehingga sekarang.
Semasa kecil, mak saya suruh saya bersihkan ayam dan ketika itu Hari Raya.
Saya geli dengan bau dan rasa ayam sebelum masak, terus sampai sekarang saya tak makan ayam.
Kisah kawan
Dalam pada itu, menerusi video yang sama aktres kelahiran Singapura tersebut turut meluahkan rasa kurang senang ketika meluangkan masa dengan rakan-rakannya.
Bila lepak dengan kawan saya akan cepat terasa, sebab tu saya selalu lepak dengan ipar je.
Rakan saya cakap, ‘saya ada kawan, walaupun dia mengandung dia nampak cantik, glowing..biasalah anak awak perempuan, akan tarik seri mak dia.’ Saya rasa secara tak langsung, dia nak kata saya ni buruk semasa hamil.
Ada juga yang kata, ‘Tika awak patut bersyukur dapat suami awak, Lokman ni mana-mana perempuan dia nak boleh dapat petik jari je. Awak siapa je, tak ada apa-apa bukan lawa pun..dah tua juga.’
Sumber: TikTok Atikah Suhaimi