Pelakon Atiq Azman, selamat diijab kabulkan bersama wanita pilihannya iaitu Alia Natasha pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: [FOTO] ‘One Step Closer’- Atiq Azman, Alia Kerul Bertunang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman Ambil Gambar Pakai Songkok, ‘Counting Days’ Bakal Tamatkan Zaman Bujang?
Segak berbaju putih
@picturesqueproduction.my Alhamdulillah @Alia Kerul @Atiq Azman dah sah diijab qabulkan pada malam 21 Feb di Seremban. Majlis yang intimate and cantik di @RuangDamaiGrandHall #nikah #ijabqabul #seremban
Menerusi video yang dimuat naik oleh Pictures Production di TikTok, kelihatan Atiq dan Alia segak menyarungkan busana tradisional berwarna putih.
Disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, Alia menerima sebanyak RM200 sebagai mas kahwin daripada Atiq.
Pasangan mempelai itu kemudian dilihat duduk di pelamin untuk acara menyarungkan cincin.
Difahamkan majlis tersebut berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan pada malam tadi.
Perkongsian Atiq
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Atiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah turut memuat naik foto-foto pernikahannya di Instagram (IG).
Perkahwinan yang hebat bukanlah apabila pasangan sempurna bersatu tetapi apabila mereka belajar menikmati perbezaan pasangan.
Hai isteriku.
Terdahulu, Atiq dan Alia mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber: IG Atiq Azman