berita

[VIDEO] Aufahanie Dedah Wanita Menari Sakan Rupanya Adik Sendiri -‘Dia Penari, Graduan Sekolah Seni’

July 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, tular sepotong video yang memaparkan aksi seorang wanita menari sakan di sebuah rancangan nyanyian televisyen swasta sehingga menerima keceman hebat netizen. Malah difahamkan, wanita tersebut merupakan adik kepada penyanyi, Aufahanie iaitu Afrina Hani.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Memalukan! Netizen Kecam Wanita Buat Konten Menari Dipercayai Di Makkah

Artikel Berkaitan: ‘Berasap Telinga Dengar!’ – Selepas Nuha, Seorang Lagi Rookie Vokal Mania Dikecam Netizen!

Penari sekolah seni

Ketika ditemui OhBulan!, Aufa mendedahkan adiknya merupakan seorang penari dan sudah pun bergraduasi dari sebuah sekolah seni yang terletak di ibu kota.

Jelas Aufa, Afrina sangat gemar menari sehingga menyifatkan adiknya sebagai seorang yang hyper.

Memang benar dia merupakan adik saya. Pertama sekali yang saya nak beritahu adik saya merupakan seorang penari dan sudah bergraduasi dari sebuah sekolah seni di Kuala Lumpur.

Dia memang suka menari, dekat rumah pun asyik menari. Sampaikan saya dekat rumah cakap dengan dia ‘adik cuba duduk’, sangat hyper. Mungkin itu memang jiwa dia, setiap kali dengar lagu akan menari.

Aufa berkata demikian ketika ditemui pada sidang media usai konsert akhir program nyanyian yang disertainya, pada Ahad.

Dalam pada itu, pelantun lagu Geming Jiwa itu berkata dia tidak memarahi adiknya susulan insiden tersebut, sebaliknya memberi teguran dengan cara baik.

Susulan kejadian yang tular itu saya tidak marah pun dekat dia, sebab dia sangat muda umurnya pun baru 17 tahun. Saya tahu ada bahagian yang patut diberikan teguran.

Saya tidak boleh nak halang minat dia, macam saya yang minatnya suka menyanyi, di mana-mana saya akan menyanyi. Jiwa menari dia kuat sangat, datang pula dekat konsert Big Stage, dengan vibes yang ada.

Dalam masa sama, Aufa berkata dia tidak membenarkan adiknya membaca komen negatif yang dilemparkan netizen kerana khuatir emosinya akan terganggu.

Dia sendiri tidak sangka akan jadi viral sehingga menerima kecaman, dia dan kami sekeluarga terima apa yang orang katakan. Satu keluarga sangat supportive, cumanya tidak beri dia tengok komen-komen yang akan menyakitkan hati dia.

Tujuan untuk tidak beri dia baca komen sebab nak jaga emosi dia yang masih muda. Sebab saya sendiri pernah kena kecam jadi saya faham perasaan tersebut.

Video

@ohbulanofficial Dia penari la guys #ohbulan #sembangentertainment #aufahanie #wanita #menarisakan #adik #sendiri ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×