Baru-baru ini, pemilik bisnes manisan popular, Siti Hajar Mohd Razali membuat siaran langsung (live) di TikTok sambil bersolek di depan kamera.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Tuduhan ‘Suka Dessert’ Guna Coklat Murah – ‘Penat Saya Bayar Mahal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kau Kaya, Boleh Cakap Sekolah Buang Masa’ – Imran Bard
‘Jadi trademark Auntie Ja’
Live tersebut dibuat ketika dia sedang menghias diri sambil melayani komen-komen daripada peminatnya.
Pun begitu, terdapat satu komen yang membuatkan dia terkejut tertanya-tanya kerana ia bukan berkaitan dengan mekap.
Pada awalnya, Siti Hajar atau lebih mesra disapa Auntie Ja tidak mengerti komen yang ditinggalkan oleh netizen.
Bagaimanapun, selepas meneliti, dia mula memahami maksud netizen.
Tengok galeri, baru perasan apa maksud adik ni.
Aunty Ja membuat kompilasi video pakaiannya selepas netizen memintanya untuk menukar gaya fesyen yang menarik selain memakai baju longgar di bahagian leher.
Difahamkan, gaya tersebut merupakan salah satu fesyen yang digemari oleh Auntie Ja susulan sangat padan dengannya.
Komen warganet
Rata-rata warganet memberi reaksi yang positif terhadap gaya fesyen Auntie Ja.
Malah, ada yang menyatakan fesyen yang dikenakan sangat sesuai dengan dirinya.
Sumber: TikTok