![[VIDEO] Auntie Ja Dah Sihat, Tiada Lagi Benjol Di Dahi – ‘Syukur Allah Beri Ujian Ketika Ramadan’](https://media.ohbulan.com/2025/04/auntie-ja-sihat.jpg)
Pemilik bisnes manisan popular, Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali memaklumkan dirinya telah sembuh selepas seminggu menjalani proses pemulihan akibat kemalangan jalan raya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aunty Ja Kongsi Wajah Terkini Selepas Kemalangan, Netizen Usik Muka Macam ‘Flower Horn’ – ‘Gelak Berjemaah Pula Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Kemalangan, Program Jelajah Caravan Suka Dessert Dibatalkan – ‘Remuk Habis, Semoga Dipermudahkan’
Dah sembuh

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Hajar atau mesra disapa Auntie Ja berkongsi video memaparkan keadaan semasa bermula dari hari kemalangan hingga sembuh.
Alhamdulillah, kami semua sudah okay. Syukur, Allah beri ujian pada kami waktu bulan puasa, seminggu sebelum raya.
Proses pemulihan seminggu, jadi ketika raya memang betul-betul raya, alhamdulillah.
Dalam pada itu, Auntie Ja turut meluahkan rasa syukur terhadap sokongan orang ramai kerana tidak putus mendoakan untuk kesejahteraan stafnya.
Terima kasih pada suami tercinta, team Suka Dessert, keluarga dan para pengikut yang sentiasa mendoakan dan beri sokongan pada saya dan staf.
Semoga kalian dirahmati Allah selalu dan dilimpahkan rezeki yang luas.
Sebelum ini, Aunty Ja bersama staf Suka Dessert dilaporkan terlibat kemalangan raya ketika dalam perjalanan ke ke Pulau Pinang untuk ‘Jelajah Caravan Bersama Auntie Ja’.
Disebabkan kemalangan tersebut, Auntie Ja terpaksa membatalkan jelajah itu akibat pasukannya mengalami kecederaan parah.
Sumber: TikTok









