Pemilik bisnes manisan popular, Suka Dessert menjawab tuduhan seorang netizen yang mendakwa dia menipu pelanggan dengan menggunakan ‘coklat murah’ bukan coklat premium seperti yang dihebahkan.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Berstatus Suami Anggap Sekolah, SPM Tiada ‘Value’ Langsung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kau Kaya, Boleh Cakap Sekolah Buang Masa’ – Imran Bard
Tak tipu pelanggan
Menerusi video di Instagram, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih mesra disapa Auntie Ja terima tohmahan yang dilemparkan netizen terhadap bisnes sedang diusahakan.
Kata Auntie Ja, semua manisan yang dijual menggunakan coklat berkualiti tinggi di samping dia mempunyai bukti pembelian barangan untuk stok seminggu.
Saya bukan nak jawab sebab saya tidak boleh terima kritikan. Saya anggap ia sebagai satu fitrah terhadap Suka Dessert.
Pertama sekali, Suka Dessert tidak pernah menipu, atau campur (bahan) dengan coklat lain dengan coklat yang kami iklankan.
Kalau tak percaya, saya akan tunjuk invoice penggunaan Suka Dessert dalam seminggu lebih. Tengok harga berapa.
Dalam pada itu, Auntie Ja menyatakan dia sudah melabur duit demi mengekalkan kualiti ‘dessert’ yang dijual.
Dekat tweet (platform X). dia beritahu yang dia takut up tweet ini.. Takut jika kena attack. Tapi saya nak tanya, tak takut ke up (naikkan hantaran) macam ini tapi dapat dosa besar sebab fitnah.
Penat-penat saya bayar mahal tapi orang kata kita pakai coklat murah. Dan Auntie Ja minta maaf jika tidak menepati cita rasa anda.
Sebelum ini, seorang pengguna X meluahkan rasa kecewa dengan rasa coklat manisan yang dianggap ‘rasa biasa’ selepas beberapa kali membeli. Selain itu, individu terbabit menuduh Suka Dessert tidak menggunakan bahan coklat seperti yang diiklankan.
Sumber: Instagram