Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan ucapan romantik buat suaminya, Datuk Lokman Teh sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Fasa Hamil Sangat Susah, Mula Sakit Badan & Emosi Tak Stabil – ‘Rasa Macam Diri Tak Disayangi’
Artikel Berkaitan: Tugas Isteri Disamakan Macam ‘Maid’, Atikah Suhaime Anggap Urus Rumah Tangga Itu Normal – ‘Saya Ikut Ajaran Ibu’
Selamat ulang tahun perkahwinan
Menurut Atikah, dia seorang wanita yang bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat sempurna. Tambah Atikah, dia berasa gembira kerana Lokman menjaganya sebagaimana dia disayangi keluarga sendiri.
Berbicara lebih lanjut, Atikah mengakui bahawa Lokman seorang suami yang bertanggungjawab dan sentiasa memberi kasih sayang terhadapnya.
Terima kasih kerana menjadi suami paling sempurna dalam hidup saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama.
Kepada suamiku, terima kasih kerana melindungi saya seperti abang saya melindungi saya. Terima kasih sebab sayang mama dan papa saya, seperti mana saya menyayangi kedua ibu bapa awak. Terima kasih kerana sering membawa saya ke mana sahaja dan perkenalkan saya sebagai isteri dengan bangganya kepada semua.
Terima kasih sentiasa ajar saya rasa bersyukur. Walaupun awak tidak sempurna di mata orang, tepi untuk saya awak adalah suami sempurna yang Allah beri kepada saya.
Apabila saya disahkan hamil, saya takut kerana menganggap yang kita belum bersedia tetapi awak meyakinkan saya bahawa kita akan menjadi ibu bapa sempurna.
Awak sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal. Semakin hari, semakin jatuh cinta. Awak tunjukkan kalau kita menangis tak semestinya kita lemah.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Atikah Suhaime