![[VIDEO] Aweera Dakwa Pernah Terkena Buatan Orang – ‘Keluar Benang Warna Putih Dari Pusat Saya, Rasa Seperti Dihiris](https://asset.ohbulan.com/2025/09/aweera-11.jpg)
Penyanyi bervokal tinggi, Aweera mendakwa bahawa dirinya pernah terkena ilmu hitam sehingga menjejaskan tubuh badan.
Artikel Berkaitan: Aweera Muat Naik Kapsyen ‘Nak Pergi Tempat Jauh’, Peminat Luah Rasa Risau – ‘Ni Yang Buat Aku Seram, Bro Kau Okay Tak?’
Artikel Berkaitan: Arwah Elly Idzlianizar Elias Sebenarnya Sepupu Aweera – ‘Hangpa Tetak Darah Daging Aku!’
Didakwa kena sihir
Menerusi podcast bersama Ashhrap Channel, Aweera atau nama lengkapnya Nasharul Aweera Norhissham berkongsi dia pernah menggunakan rawatan Islam sebagai inisiatif untuk mengubati dirinya.
Ramai yang hentam tentang fizikal saya sebab saya sering nampak kurus. Mereka kata saya ambil macam-macam.
Saya makan banyak tapi badan tetap begini dan saya pernah cuba ikhtiar berubat melalui perubatan Islam.
Menurut Aweera, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika menerima rawatan adalah apabila dia mendapati terdapat benang berwarna putih di bahagian pusat.
Mereka cakap saya kena buatan orang dan pengalaman berubat ini saya rasakan sangat extreme.
Keluar benang warna putih dari pusat saya. Ustaz tu minta saya pegang bantal, ingat pada Allah dan mengucap.
Semasa dia tarik benang itu, saya rasakan seperti dihiris dan keluar darah. Panjang juga benang itu.
Bukan kali pertama
Bercerita lanjut, pelantun lagu Romancinta itu berkata, sebelum ini dia turut mendakwa mengalami gangguan mistik sehingga menjejaskan kerjaya.
Sebenarnya saya dah lama kena (sihir), sebelum ini pernah muntah benang hitam.
Kejadian itu terjadi selepas saya keluar rancangan One In A Million iaitu sebelum masuk kumpulan Mojo.
Saya jadi malas nak buat kerja. Simptom sama sahaja, bila nak pergi menyanyi je sakit tapi lepas habis menyanyi, menjeritlah macam mana pun okay sahaja.
Sumber: Ashhrapp Channel