Gelagat penyanyi dan pelakon Datuk Awie menari bersama kedua anak perempuannya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Rasmi Majlis Anugerah Sekolah, Netizen Puji Vokal Mantap Walaupun Guna Mikrofon & ‘Speaker’ Biasa
Artikel Berkaitan: Awie Lebih Selesa Anak Jadi Pembikin Daripada Penggiat – ‘Apapun Mesti Dahulukan Pelajaran’
Awie menari
@.aleeyantasha daddy ?? walaupun muka stress, badan tetap gerak ?@Leef
Menerusi hantaran di TikTok, anak kepada Awie iaitu Aleeya Natasha berkongsi video tarian mereka.
Paling menarik perhatian adalah apabila Awie atau nama lengkapnya Ahmad Azhar Othman dengan selamba menari bersama puterinya meskipun raut wajahnya kelihatan stres.
Daddy, walaupun muka stres badan tetap tegak.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat tarian pelantun lagu Misteri Mimpi Syakilla itu.
Dalam masa yang sama, secara berseloroh warganet juga menawar diri untuk menjadi menantunya.
Sumber: TikTok Aleeya Natasha