berita

[VIDEO] Ayah Basuh Kereta Tak Perasan Basikal Anak ‘Meluncur’ Ke Tengah Jalan Sebelum Dilanggar

November 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam viral satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah rumah yang memaparkan kejadian seorang kanak-kanak dilanggar kereta ketika bermain di hadapan rumahnya. Ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu sedang leka membasuh kereta di hadapan rumah tanpa menyedari anaknya meluru laju ke jalan raya.

Menurut Astro Awani, kejadian berlaku di Kajang, Selangor dan kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun itu dilaporkan retak tulang kaki kiri akibat insiden berkenaan.

Menyesal kemudian tidak berguna

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya telah menerima laporan dari bapa mangsa. Kes di siasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian berlaku pada 6.28 petang, ketika mangsa sedang bermain dengan anak jiran dan secara tiba-tiba  menaiki basikal meluru ke jalan raya hadapan rumah sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari sebelah kiri ke kanan.

Akibat pelanggaran mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang.

Cuai anak sendiri keluar rumah

Sumber: Astro Awani, MyCrime Watch

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!