Pelawak yang juga ahli kumpulan Senario iaitu Azlee berkongsi keadaan terkini mengenai rakan baiknya iaitu Yassin Senario.
Artikel Berkaitan: Saiful Apek Berdiam Isu ‘Kehilangan’ Yassin – ‘Dia Mungkin Tak Pandai Mana ..’
Yassin dalam keadaan sihat
Ketika ditemui OhBulan!, Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar berkata, Yassin ketika ini dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera.
Alhamdulillah, Yassin sihat. Saya tak adalah hubungi dia tetapi dia ada hubungi isteri dia.
Dan menurut isterinya, dia berada dalam keadaan yang sihat. Doakan yang baik-baik.
Pada masa sama, Azlee meluahkan rasa cemburu dengan Yassin yang berpeluang untuk menjalani ibadah puasa di tempat yang lebih baik.
Pada saya ketika ini Yassin tengah menambah ilmu dan kita sebagai Hamba memang kena menambahkan ilmu kepada Allah.
Jadi mungkin bila dia balik nanti mana tahu dia mengajar kita pula kan?”
Tapi sebenarnya saya cemburu sebab dapat berpuasa di sini tapi Yassin dapat berpuasa dan berbuka di ‘sana’.
Itu satu rahmat Allah sebenarnya.
Azlee berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Bazaar Raya Shah Alam X Azlee Senario yang diadakan di Kelab Shah Alam pada Selasa.
Akan ada berita gembira
@ohbulanofficial Doakan yang baik baik ??#ohbulan #fyp #news #azleesenario #cemburu #yassinsenario #puasa #tempat #lebih #baik ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, pelawak berusia 58 tahun tersebut mendedahkan akan adanya berita gembira mengenai Yassin dalam beberapa minggu sahaja lagi.
Justeru, Azlee memohon orang ramai untuk sentiasa mendoakan yang baik-baik buat rakan baiknya itu.
Kami ahli Senario kalau boleh nak sentiasa jaga aib kawan-kawan dan saya rasa korang semua dah tahu dah dia ada di mana.
Apa yang saya boleh katakan ialah kita akan dapat berita gembira dan mungkin akan dapat bersama kembali dengan Yassin beberapa minggu saja lagi.
Pada saya, di mana pun dia berada, doakan yang baik-baik dan semoga dia akan kembali semula bersama kami.
Berkongsi mengenai kumpulan Senario, pelakon filem ‘Pontianak Menjerit’ itu berkongsi bahawa bakal mengadakan satu konsert besar bertempat di Stadium Merdeka dan berharap agar kesemua ahli kumpulan dapat turut serta memeriahkan puluhan ribu pengunjung yang hadir.
Kami sebenarnya akan adakan satu konsert besar secara langsung di Stadium Merdeka dengan sasaran pengunjung seramai 40,000 orang.
Kita harap agar semua ahli pasukan akan turut serta di konsert itu nanti.
Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu bermula November lalu.
Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.