Baru-baru ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).
Namun pelantikan berkenaan telah mengundang pelbagai respon daripada warganet susulan ada yang berpendapat bahawa penyanyi nombor satu negara itu tidak layak untuk memegang jawatan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Puji Siti Nurhaliza Bawa Doktor Peribadi Bercuti Ke Korea Selatan, Netizen Usik – ‘Helok Juga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Berniaga Sebab Suka, Boleh Bantu Orang Lain Juga’ – Siti Nurhaliza
Penjelasan Pak Nil
@kool101my Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi), menjadi bualan di media sosial selepas tular poster pelantikannya sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan, Universiti Malaya (UMCCed). Macam PakNil cakap pelantikan Datuk Siti ni adalah sebagai ikon bukan sebagai profesor. Dan Datuk Siti bukanlah akan jadi pengajar di UM. Dengan 28 tahun Datuk Siti dalam industri ini yang melayakkan beliau untuk menjadi seorang pakar. Catch Up Pagi On Point di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #SitiNurhaliza #PakNil
Menerusi perbincangan di Kool 101, pengacara dan penyampai radio Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan tentang kedudukan Siti Nurhaliza di universiti tersebut.
Menurut Aznil, penyanyi kesayangan negara itu tidak menyandang sebarang portfolio pendidikan namun hanyalah dilantik sebagai ikon.
Pelantikan Siti Nurhaliza adalah sebagai ikon bukan sebagai profesor, bukan sebagai ahli akademik dan bukan sebagai tenaga pengajar.
Hanya sebagai ikon yang memberi promosi tentang pembelajaran berterusan.
Universiti Malaya ada bahagian swasta iaitu UMCCed ini, bersaing dengan universiti swasta yang lain. Jadi kemampuannya untuk mengambil Siti Nurhaliza adalah atas usaha bersaing dengan universiti-universiti lain.
Dalam pada itu, Aznil yang mesra disapa Pak Nil berpendapat pelantun lagu Dialah Di Hati itu layak digelar pakar kerana sudah lama berkecimpung di dalam industri seni.
Ramai yang mengutuk dengan mengatakan dia belajar tak tinggi. Kita harus ingat dia bukan mengajar, kalau dia nak mengajar pun mungkin topik falsafah kehidupan, kemanusiaan sebab dia adalah antara orang yang aktif dalam aktiviti kemanusiaan.
Dan juga kehidupan beliau daripada orang biasa menjadi seorang nombor satu dalam industri setelah lebih 10 atau 15 tahun, dia boleh dikira pakar. Sebab dia tidak membuat kerja lain selain kerja itu.
Pelakon filem Cicak Man itu turut memberi penerangan tentang dirinya yang juga salah seorang tenaga pengajar di universiti berkenaan.
Macam saya, saya dilantik dalam bidang saya, bidang komunikasi. Jadi saya dilantik sebagai Profesor Adjung dan saya dibenarkan untuk mengajar.
Dalam masa yang sama, bukanlah kerana saya popular atau orang ternama tetapi dilantik atas kelayakan akademik, pengetahuan serta kelayakan kepakaran bergiat dalam industri lebih daripada 20 tahun.
Sumber:TikTok Kool 101