Pengacara sensasi dan pelakon, Azwan Ali meluahkan rasa kesal selepas penampilannya di dalam video muzik terbaharu nyanyian Naim Daniel dikecam hebat oleh warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azwan Ali Puji Kak KM ‘Show Off’ Kemewahan Sebenar – ‘Kekayaan Itu Kena Dengan Latar Belakang Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Macam Balas Dendam’ – Azwan Ali Sebak Rambut Ditarik Bagai Nak Gila, Nekad Mahu Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta
Masih sihat
Ketika ditemui OhBulan!, Azwan atau nama lengkapnya Mohamed Azwan Ali memberitahu, watak yang dibawa di dalam video muzik berjudul Lelaki Gila tersebut ternyata telah menimbulkan spekulasi berkenaan kesihatan dirinya.
Apabila muzik video ini viral, ada yang timbulkan isu mengatakan saya sedang sakit sehinggakan ada kenalan yang menyangka perkara itu benar.
Saya berasa terkilan kerana mereka mengecam saya sakit dan berkerusi roda.
Ternyata, andaian tersebut telah memberi kesan terhadap hos berusia 60 tahun tersebut berikutan dia masih lagi dalam keadaan sihat.
Tolonglah jangan mengecam saya dengan mengatakan saya tua atau sakit kerana saya berkerusi roda. Itu semua lakonan
Tolong bezakan lakonan, jangan sebarang kecam.
Azwan berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran album Dahlia Farhana dan Naim Danel di XO House, Sungai Buloh pada Jumaat.
Kesan solekan
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA berkata, secara tidak langsung isu itu telah membuktikan mutu lakonannya selain kejayaan kesan solekan yang menghidupkan karakter tersebut.
Tetapi bagi saya inilah kejayaan muzik video ini dengan solekan untuk memberi kesan kepada watak orang tua yang saya bawa.
Saya berkerusi roda pun sebab kehendak watak di dalam karya ini dan saya okay sahaja.
Dalam pada itu, pelakon filem Aku No.1 tersebut menasihati warganet agar jangan mudah mencetuskan dakwaan sehingga menimbulkan salah sangka.
Saya hampir mencecah hampir 60 tahun pada minggu hadapan. Benar saya sudah berusia namun tidaklah terlalu tua seperti di dalam video muzik itu.
Saya harap netizen lebih berhati-hati sebelum meninggalkan komen.
Terdahulu, Azwan didakwa sedang berdepan dengan masalah kesihatan susulan tular video muzik berkenaan yang memperlihatkan keadaan dirinya yang uzur dan berkerusi roda.