berita

[VIDEO] ‘Baby Nak Keluar Soon’- Remy Ishak & Isteri Teruja Beli Barang Anak

June 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon Remy Ishak berkongsi momen bersama isteri, Ezza Yusof ketika membeli barang-barang bayi.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Kehamilan Pertama Jadi Saya Perlu Pastikan Kandungan Kuat & Sihat’ – Remy Ishak Bakal Jadi Bapa

Artikel Berkaitan: Isteri Mengidam Buah Ciku, Remy Rasa Bersalah Sibuk Dengan ‘Shooting’ – ‘Such A Bad Husband’

‘Apa lagi barang nak beli?’

Menerusi hantaran di TikTok, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak berkongsi bahawa usia kandungan isterinya bakal masuk bulan yang kelapan.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu difahamkan sedang bercuti dan mengambil kesempatan tersebut untuk bersama-sama isteri membeli barang kelengkapan bayi di KLCC.

Dalam pada itu, sebagai bakal bapa, Remy menerusi kapsyen video tersebut juga bertanya pendapat kepada pengikutnya.

Masa dah tak lama, baby nak keluar tak lama lagi. Apa lagi barang baby nak kena cari, boleh tolong Remy?

Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi tentang barang-barang yang perlu dibeli sebagai persiapan menyambut kehadiran seorang bayi. Malah warganet juga tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka dan turut mendoakan pasangan itu.

@remyishaktiktok

Masa dah x ramai guys, baby nak keluar soon. Apa lagi barang baby nak kena cari, boleh tolong Remy? #fatherhood #remysjunior #remyishak #dad #love #family

? original sound – Remy Ishak – Remy Ishak

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×