Setiap ibu yang berbadan dua pasti terdapat sesuatu yang diinginkannya. Sebagai seorang suami, semestinya menjadi keperluan untuk memenuhi kehendak ibu hamil yang mengidam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweetnya Remy Ishak! Bawa Isteri Sambut Birthday Dalam Gua
Artikel Berkaitan: ‘Ini Kehamilan Pertama Jadi Saya Perlu Pastikan Kandungan Kuat & Sihat’ – Remy Ishak Bakal Jadi Bapa
Artikel Berkaitan: Isteri Remy Ishak Enggan Buka Mulut Dakwaan Sedang Hamil – ‘Tanya Suami Saya’
‘Bad husband’
Setelah mendapat kepastian tentang kehamilan isteri kepada pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ itu, Remy dilihat lebih terbuka berkongsi mengenainya di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Remy meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan keinginan isterinya.
Difahamkan, Ezza Yusof yang sedang berbadan dua itu mengidam untuk makan buah ciku namun dipenuhi dengan bantuan seseorang individu yang dikenali sebagai Kak Dila.
Saya husband yang teruk. Wife mengidam nak makan ciku pun tak sempat cari. Nasib baik Kak Dila jadi penyelamat, import dari Kedah.
Sumber: Instagram @remyishak