berita

[VIDEO] Baby Shima Bergelek Di Kelab Malam?

June 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi Baby Shima kembali menjadi bualan warganet selepas tular sebuah video di media sosial.

Artikel Berkaitan: Baby Shima Terima Mesej Lelaki Miang Ajak ‘Main’, Tanya Deposit Untuk 2 Jam

Healing pagi

Menerusi hantaran di TikTok, viral rakaman yang memaparkan aksi seorang wanita mirip wajah Baby Shima sedang bergelek dipercayai di sebuah kelab malam (night club) yang terletak di Johor Bahru.

Video berdurasi 13 saat itu menyaksikan wanita mirip Baby Shima sedang rancak menari di depan pengunjung lain.

Selain itu, pemilik akaun terbabit turut menulis kapsyen ringkas iaitu, ‘Healing sampai pagi bersama Baby Shima.’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memetik nama Baby Shima atau nama sebenarnya Ashima Ramli.

Bagaimanapun, video itu telah dipadam selepas mula mendapat perhatian ramai.

Video

 

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×