Baru-baru ini, penyanyi kontroversi, Baby Shima mengumumkan dirinya bakal bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos akan datang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Untuk Berkhidmat & Membela Rakyat’ – Baby Shima Umum Bakal Bertanding PRN
Artikel Berkaitan: Netizen Mohon PU Syed Jangan Gentar Cegah Kemungkaran – ‘Ustaz Adalah Pejuang Islam’
Tak jadi bertanding
Terbaharu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memaklumkan dirinya tidak jadi bertanding dalam PRN tersebut.
Baby Shima memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya lewat malam Selasa.
Maaf semua tak jadi nak tanding.
Menerusi hantaran tersebut, Baby Shima turut memuat naik sepotong video bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra dengan sapaan KJ.
Pelantun lagu Pura Pura Bujang itu dilihat berdialog dengan KJ berkenaan hasratnya untuk bertanding dalam PRN. KJ kemudian bertanyakan kembali adakah perkara ini serius.
Baby Shima turut bertanya kepada KJ kawasan yang mana sesuai untuk bertanding dan jawabnya adalah di Kelantan.
Perkongsian Baby Shima itu sekali gus menunjukkan hantaran di Instagramnya sebelum ini hanya bertujuan bergurau dan tidak berniat serius.
Terdahulu, Baby Shima berkata tujuannya menyertai bidang politik adalah untuk membela nasib rakyat.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram