Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, isu beg sekolah berat bagi pelajar sekolah rendah bukanlah isu baharu. Namun saban tahun ia menjadi perbincangan yang tidak berkesudahan.
Terbaru, seorang individu yang dikenali dengan nama Cikgu Fadli Salleh berkongsi kisah seorang ibu yang mengadu kepadanya berhubung masalah beg sekolah anaknya yang dikatakan berat sehingga menyukarkan kanak-kanak itu menaiki anak tangga.
Ibu mengadu beg sekolah anak berat
Menerusi perkongsi di Facebook, Cikgu Fadli Salleh berpendapat masalah beg sekolah berat sebenarnya bukanlah satu isu kecil kerana ianya melibatkan kesihatan seseorang sehingga boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tulang belakang akibat pikul bebanan berterusan setiap hari.
Menurut Cikgu Fadli Salleh, pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan pelbagai pihak bagi mengatasi masalah ini antaranya ialah dengan meninggalkan buku teks di sekolah. Jelas beliau lagi, inisiatif ini sebenarnya pernah dilakukan sebelum ini tetapi tidak mendapat sambutan kerana ibu bapa bimbang buku-buku sekolah anak mereka hilang atau rosak sekiranya ditinggalkan di dalam almari yang disediakan di sekolah.
Kerana setiap buku ada pemilik berdaftar dan perlu pulangkan setiap tahun. Bila rosak, mereka yang kena ganti. Pemilikan buku ini punca orang tak nak tinggalkan buku di sekolah.
Mereka tak nak buku anak mereka hilang dan rosak, seterusnya mereka pula kena beli lain dan ganti. Dah beli lain dan ganti, hilang lagi dan lagi. Penat weh main gini.
‘Budak tu kecil, beg berat’
Susulan daripada itu, Cikgu Fadli Salleh berpendapat agar semua sekolah di Malaysia membuang hak pemilikan pada buku tersebut yang membawa maksud, setiap buku teks adalah milik sekolah dan bukannya milik mana-mana pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kegusaran ibu bapa berhubung isu buku teks sekolah hilang, rosak dan sebagainya.
Macam program tasmik, Al Quran elok je tinggal dalam kelas. Tak ada hilang, tak jadi isu murid kena pikul ke sekolah. Bahkan banyak sekolah swasta buat hal serupa. Buku teks milik sekolah dan ditinggalkan dalam kelas. So murid bawa buku latihan sahaja setiap hari. Ringan lebih dari 60% tau.
Dan tolong la letak kelas murid tahun 1 dan tahun 2 di aras bawah. Kenapa kelas murid tahun satu pun ada yang ditingkat 3? Common sense kot. Budak tu kecil, beg berat. Macam mana mereka nak pikul naik atas?
Bukan itu sahaja, isu silibus berat juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku. Sementara di ruangan komen, kebanyakan para ibu turut berkongsi masalah sama yang dilalui anak-anak mereka. Bahkan mereka mendakwa tidak sanggup melihat anak mereka yang berbadan kecil terpaksa membawa beg sekolah yang begitu berat menaiki tangga untuk kelas.
Video
Sumber: Cikgu Fadli Salleh