berita

[VIDEO] Bagi Isyarat ‘Allah Yang Satu’, Syamsul Yusof Diam Menyepi

March 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof keluar dari perkarangan mahkamah tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung tindakan isterinya, Puteri Sarah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Mesra Tegur Media, Puteri Sarah Reda & Happy

Tak Nak bagi kenyataan

Meskipun diasak pertanyaan pihak media, Syamsul, 39, bagaimanapun tetap mengunci mulut lalu berlalu pergi. Sementara itu, Peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Roshdan Sujak Rafie memberitahu sebutan pertama fail perceraian tidak menemui jalan persetujuan.

Susulan tindakan Syamsul yang enggan melepaskan Puteri Sarah, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Tidak ada persetujuan daripada pihak defendan untuk menceraikan plaintif pada hari ini.

Jadi mahkamah memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi permohonan cerai pada 10 April akan datang. Jadi pada prosedur akan ada sesi laporan daripada Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Terdahulu, permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Sumayyah.

Video

@ohbulanofficial Syamsul Yusof enggan memberi apa-apa statement uall. #ohbulan #viral #fyp #sembangentertainment #syamsulyusof #enggan #beri #statement ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×