Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Di dalam tempoh PKPP yang berlangsung dari 10 Jun sehingga 31 Ogos, orang ramai dibenarkan rentas negeri.
Di Facebook, netizen merakamkan momen sempadan negeri Selangor dan Perak akhirnya dibuka untuk tujuan rentas negeri tersebut.
Bahan sejarah anak cucu
Bahan sejarah untuk anak cucu. Pembukaan sempadan korea utara dan selatan ( Selangor – Perak) Covid-19. Sekian laporan daripada saya wartawan takde kelulusan. Hahah
Menerusi video yang dimuat naik, orang ramai menyaksikan momen di mana polis akhirnya membuka tali yang memisahkan kedua-dua negeri di sempadan tersebut. Mereka bersorak dan menekan hon kereta masing-masing tanda kegembiraan.
Di ruangan komen, netizen berasa terharu dan mendoakan semoga negara segera bebas daripada wabak pandemik. Netizen turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan walaupun banyak kelonggaran sudah diberi.
‘Dalam gembira, beringat ya semua’
Sumber : Zulfikri Hasan