berita

[VIDEO] Bahu Dipijak & Belakang Ditendang, Remaja OKU Meraung Kesakitan Dibuli Pelajar Sekolah

September 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang remaja lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) menangis saat dibuli oleh sekumpulan pelajar sekolah di Indonesia. Video yang tular itu telah mengundang kemarahan orang ramai.

Remaja OKU dibuli

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jawa Barat, Indonesia. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan remaja OKU berkenaan ditendang berkali-kali oleh seorang pelajar lelaki yang masih lengkap memakai seragam sekolah. Kedengaran mangsa menangis sambil meminta individu itu berhenti menendangnya tetapi rayuan tersebut langsung tidak diendahkan sebaliknya belakang mangsa terus ditendang suspek.

Salah seorang daripada pembuli yang sedang merokok dilihat dengan selambanya memijak dan berdiri di atas bahu mangsa sementara rakan-rakan pembuli itu termasuk perakam ketawa melihat mangsa dibuli. Meskipun mangsa menangis dan mengerang kesakitan, namun si pembuli hanya ketawa tanpa rasa bersalah dengan tindakannya itu.

Video tular itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan menurut sumber, pihak polis juga sudah dimaklumkan mengenai insiden ini. Difahamkan, seramai tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu ini. Orang ramai berharap agar tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas pembuli-pembuli tersebut.

Video

Sumber: Yoursay Suara, Merdeka

SKIP THIS AD ×