berita

[VIDEO] ‘Baik Itu Adalah…Dia Respect Aku, Aku Respect Dia & Tak Masuk Campur Hal Rumah Tangga Masing-Masing’

March 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Adira Suhaimi memuat naik sebuah video di Instagram (IG) yang memperlihatkan kemesraan dia bersama madunya, Datin Red ketika menghadiri sebuah pertunjukan fesyen.

Artikel berkaitan: ‘Sayang Kamu Dunia Akhirat’- Adira Suhaimi Tayang Kemesraan Pimpin Tangan Madu

Terbaru, seorang individu di TikTok berkongsi sebuah video yang memaparkan Datin Red memberi pandangannya mengenai kehidupan berpoligami dan maksud menjalin hubungan baik dengan madu.

Hormat hal rumah tangga masing-masing

Bagi pendapat saya, baik itu tidak semestinya akan muat naik dekat media sosial berlaga-laga pipi. Bukan begitu. Baik itu adalah dia respect aku, aku respect dia dan tak masuk campur hal rumah tangga dia, rumah tangga aku. Jaga rumah tangga masing-masing dan saya dekat luar jumpa dia, terserempak dengan dia, kami okay.

Menurut Datin Red, Adira sangat menghormati dirinya sebagai seorang kakak. Bukan itu sahaja, pelantun suara ‘Lara Lagi’ itu tidak masuk campur hal rumah tangganya dengan suami.

Dia hormat aku sebagai kakak, aku hormat dia sebagai adik dan untuk keluar sama-sama. Suami aku yang tak nak. Suami aku cakap takut tidak dapat menjaga hati isteri-isterinya. Yang itu je suami aku cakap. Aku okay tapi dia (suami) yang takut mengecilkan hati isteri-isterinyalah kan.

@lynn_ishak

Jawapan ikhlas dari datin red aka madu @adira.suhaimi… Respect each other.. ?? #efwaipi #artismalaysia #netizenmalaysia #fypketak #poligami #rumahtanggabahagia

? original sound – Lynn ishak – Lynn ishak

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Datin Red. Malah, mereka turut memuji tindakan Datuk Red yang mementingkan perasaan kedua-dua isterinya itu.

Sumber: Lynn Ishak

SKIP THIS AD ×