berita

[VIDEO] Baiki Jalan Tak Ikut SOP, Penunggang Motosikal Jatuh Tergolek Di Selekoh

July 2nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Gara-gara tidak perasan papan tanda jalan sedang dibaiki, sekumpulan penunggang motosikal alami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan. Video yang mula viral di Facebook itu turut menjadi pendebatan orang ramai yang masing-masing mengeluarkan pandangan sendiri.

Rata-ratanya menganggap kerja baik pulih jalan tersebut tidak mengikut SOP ditetapkan. Namun tak kurang juga yang menyalahkan penunggang motosikal yang dikatakan menunggang secara berbahaya.

Jatuh tergolek di Sungai Kayan

Video berdurasi 19 saat itu menyaksikan 3 buah motosikal kemalangan selepas merempuh kon keselamatan yang diletakkan di selekoh jalan tersebut. Ramai mendakwa papan tanda ‘Jalan Sedang Dibaiki’ tidak kelihatan, namun tak kurang juga yang menyalahkan penunggang motosikal itu yang menunggang laju tanpa peka. Kemalangan tersebut dipercayai berlaku di Jalan Sungai Koyan yang terletak di Cameron Highland.

Ada papan tanda?

Walaupun dimaklumkan ada papan tanda namun netizen masih tidak puas hati kerana menurut mereka papan tanda harus diletakkan jarak 10 meter dari tapak pembinaan jalan raya.

Buat jalan tak ikut SOP

Salah penunggang motosikal?

Sumber : Kami Pengguna Jalan Raya

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×