Isu pelakon Indonesia Baim Wong membuat konten ‘prank’ pihak polis akhirnya selesai selepas youtuber itu tampil memohon maaf secara terbuka.
Artikel Berkaitan: Dua Kali Bertengkar Dengan Rizky Billar, Lesti Kejora Kini Dirawat Di Hospital – ‘Keadaannya Sangat Lemah’
Artikel Berkaitan: Baim Wong & Isteri Dikecam Buat Content ‘Prank’ Polis, Konon Ada Keganasan Rumah Tangga
Maafkan saya dan keluarga
View this post on Instagram
Menerusi video di Instagram (IG), Baim, 41, sedar tindakannya kepada pihak polis adalah tidak beradab kerana perlu ada rasa hormat.
Kata pemilik nama Muhammad Ibrahim, isterinya, Paula Verhoeven, sudah menegur namun dia berkeras untuk melakukan tindakan kurang cerdik itu.
Saya minta maaf kerana telah melibatkan pihak polis. Saya kenal dengan polis itu kerana mereka yang menangkap pencuri motosikal di rumah saya, sebelum ini.
Saya terima teguran sebab saya cuma manusia. Isteri saya sudah menegur tetapi saya tetap ingin meneruskan idea itu.
Saya minta maaf juga kepada mangsa keganasan rumah tangga. Saya tidak terfikir sama sekali perbuatan itu bodoh.
Saya berterima kasih kepada teman-teman yang telah menegur kesilapan dengan pelbagai cara yang berbeza. Tolong ingatkan saya selalu. Semoga ke depannya menjadi lebih baik.
Pelbagai reaksi
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar pelakon drama Bukan Cinta Aku belajar daripada kesilapan dan jadikan ini sebagai pengajaran yang terakhir.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pengikut yang sudah ‘bosan’ dengan permainan bapa kepada Kiano Tiger Wong yang sering mengulangi perkara yang sama.
Sebelum ini, Baim memuat naik video di Youtube yang memaparkan Paula berpura-pura melakukan laporan polis kononnya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Tindakan itu dibuat oleh Paula yang berada di balai polis manakala Baim berada di dalam kereta sambil merakam situasi tersebut sebelum turut masuk ke Balai Kebayoran Lama.
Sumber: Instagram @baimwong