berita

[VIDEO] Bangkai Kucing Dalam Premis Kosong, Mereput Kering Jadi Serpihan Debu Akibat Dikurung

November 9th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Tanah Merah, Kelantan, belasan ekor kucing mati dipercayai akibat dikurung tanpa makanan dan minuman. Menerusi video yang dikongsikan Persatuan Haiwan Malaysia, bangkai kucing tersebut ditemui dalam keadaan mengerikan iaitu badan mereput sehingga kering dan menjadi debu.

Kucing dikurung mati kebuluran

Belasan kucing dikurung mati kebuluran dalam premis kosong di Taman Humaira, Tanah Merah Kelantan dilaporkan hari ini. Kucing-kucing yang mati kebuluran mereput dalam premis kosong tingkat atas disyaki mengalami dehydration berdasarkan mayat mereput yang kering dan hanya menjadi serpihan debu.

Mengikut keterangan saksi bernama saudara Nik Qayum, pelaku yang kerap mengutip kucing dan bawa naik ke premis kosong tanpa pengetahuan orang ramai merupakan seorang lelaki bermasalah mental. Kejadian disedari apabila penghuni premis perniagaan tingkat bawah mendengar rengekan bunyi kucing yang banyak dari arah yang tidak diketahui dan memaklumkan kepada saksi.

Menurut saksi lagi, selain tidak memberi makan dan minum. Punca kucing-kucing yang ditangkap di jalanan adalah kerana dikurung dan tidak dapat keluar mencari makan atau minum sendiri. Saksi telah melepaskan keluar kucing yang masih terperangkap. Animal Malaysia masih menanti maklumat lengkap kejadian dan memohon orang ramai serta saksi mengawasi tindakan pelaku supaya kejadian tidak diulanginya.

Menerusi rakaman video yang berdurasi 1:46 saat, bangkai-bangkai kucing berselerakan di tingkat atas sebuah premis kosong di Tanah Merah. Dapat dilihat terdapat bangkai lama dan baru serta beberapa ekor kucing yang masih selamat.

Menurut saksi, pelaku adalah seorang lelaki mempunyai masalah mental. Pelaku kerap mengutip kucing-kucing di kawasan tersebut dan mengurungnya tanpa makanan.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×