Siapa sangka, pempengaruh dan usahawan Aliff Awang rupa-rupanya memiliki kelulusan di dalam bidang profesional.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Mengaku ‘Multimillionaire’, Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Lebih Kaya – ‘Saya Rasa Perempuan Seperti Itu Tak Wujud’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Awang Dedah Sudah Tinggalkan Dunia Forex? – ‘Aku Dah Setahun Tak Buat Benda Bod*h Tu’
Opai ada kepakaran
@aliff_awang Best Birthday Present Ever ? 11 January 2025. Spent my birthday working. Dalam mall. 99.999% of people would not be working on their birthday. But not me. I am different. My whole family spent the whole day with me at OM Fragrance booth. I hold back every drop of tear I could. My Ayah is my hero. He came from poverty. Broke the family curse, change not only his bloodline but his whole ancestrol history by being the first enrolled into university. He raised 4 kids alongside Ibu. Dari kejayaan ayah, yang dulu selalu terapkan pada anak anak betapa miskin hidupnya , ( penggembala kerbau , toreh getah sebelum pergi sekolah , takda duit beli buku ) ayah berjaya besarkan 1 Doktor Bersalin. 1 Pakar Ekonomi Jepun. 1 Auditor Petronas. Dan aku ? Ayah never wanted or even gave his blessings when I was involved in trading. But I cried when I told him I want to stop and venture in something new. Ayah said “you finally have my doa son” This video is so random. He took the mic, told my team to start recording ?? I have big shoes to fill as a father. And I push my sons and daughter day in and day outto always be the best in life, because I am the son of Awang. Thank you ayah. You even downloaded tiktok just to see OM Fragrance journey. Words cant describe how proud I am to put your name beside mine. Aliff Awang
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, bapa kepada Aliff mendedahkan tentang perkara tersebut dan memberitahu bahawa dia pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Dia ada kepakaran iaitu lesen profesional yang membolehkan dia untuk masuk di dalam industri minyak dan gas.
Aliff boleh dapat dari 300 ke 600 dolar sehari. Dia pernah pergi United Kingdom untuk belajar selama setahun untuk mendapatkan lesen itu.
Selepas balik ke Malaysia dia kerja sekejap namun dia rasa bosan, dia kemudian ghaib dan merayau mencari diri dia sendiri.
Dalam masa yang sama, bapa Aliff berkata, dia dan isteri akan sentiasa menyokong anak lelakinya itu.
Semasa mencari diri sendiri, dia tahu langit itu tinggi rendah tapi dia tak berkongsi dengan saya atau ibunya.
Sehingga dia tahu apa yang dia nak dan dia pulang untuk memberitahu kami. Sebagai ibu bapa, kami sokong sedaya kami.
Doa & perjalanan ayah
Sementara itu, suami kepada aktres Fatin Afeefa tersebut turut berkongsi tentang kisah bapanya yang pernah berdepan dengan cabaran hidup.
Ayah dan ibu membesarkan empat orang anak bersama. Ayah selalu terapkan pada anak-anak betapa miskin hidupnya dahulu (penggembala kerbau, toreh getah sebelum pergi sekolah dan tak ada duit untuk beli buku).
Ayah berjaya besarkan seorang doktor bersalin, pakar ekonomi Jepun, auditor Petronas dan aku.
Menurut Aliff atau mesra disapa Opai, bapanya tidak merestui ketika dia menceburkan diri dalam bidang pelaburan sebelum ini.
Ayah tak pernah mahu atau memberi restu semasa aku terlibat dengan trading. Tetapi aku menangis ketika memberitahu kepadanya bahawa aku ingin berhenti dan mahu mencuba sesuatu yang baru.
Kata ayah, ‘awak akhirnya dapat doa ayah.’
Sumber: TikTok Aliff Awang