Di Acheh, Indonesia, berlaku satu insiden sedih di mana seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, dikenali sebagai Haura Aulia, maut selepas digilis oleh sebuah lori. Namun apa yang lebih menyedihkan apabila, Haura digilis oleh bapanya sendiri yang ketika itu sedang membawa pelepah kelapa sawit. Kejam!
Cuba tahan lori
Menerusi laporan yang dipetik daripada Indo Zone, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu (19 Disember 2020) yang lepas. Ayahnya yang dikenali sebagai Husaini, ‘kantoi’ membawa perempuan lain dalam lori tersebut. Difahamkan, ketika kejadian Haura bersama ibunya cuba menahan lori yang dibawa bapanya kerana ‘terlihat’ terdapat wanita lain dalam lori tersebut.
Terkejut dengan apa yang terjadi, Haura dan ibunya cuba untuk menahan lori tersebut dengan cara ‘berpaut’ di tepi lori bagi mendapatkan kepastian. Namun, bapanya tidak mahu memberhentikan kenderaan itu, malahan terus memecut laju sehingga menyebabkan anaknya terjatuh lalu digilis roda di bahagian tepi lori.
Kejadian tersebut berjaya dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tempat kejadian. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah dimuat naik di platfom YouTube.
Maut di tempat kejadian
Akibat insiden itu, Haura telah maut di tempat kejadian di samping ibunya. Ibunya ketika itu menangis dan menjerit teresak-esak dengan apa yang telah terjadi. Ibunya ketika itu juga bertindak memeluk jenazah anaknya dan dikerumuni dengan orang awam yang berada di situ. Difahamkan, kepala mangsa telah berkecai dan ibunya tabah mengutip ‘isi’ anaknya dan membungkusnya.
Susulan dengan apa yang telah terjadi, suspek telah ditahan bagi siasatan selanjutnya. Namun, suspek tidak mengaku telah menjadi punca kematian anaknya. Malahan dia berbalah dan menyatakan itu ajal buat anaknya
Kalau dilanggar, bukan saya yang langgar tapi memang sudah ajalnya.
Sumber: Indo Zone