berita

[VIDEO] Bapa Harap Yang Terbaik, Farid & Diana Hadir Bagi Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama

May 30th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Shah Alam pada kira-kira pada jam 2.20 petang Selasa.

Farid hadir ke mahkamah bersama ayahnya, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kunci Mulut, Tiba Di Mahkamah Bagi Sebutan Inter-Parte Proses Hadanah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Tiada Persetujuan, Proses Hadanah Masih Panjang

Artikel Berkaitan: ‘Saya Disuruh Untuk Menghantar Surat Lima Hari Sebelum Jumpa Anak’ – Farid Kamil

Laporan JKP & Nyusuz

Pada hari ini akan melibatkan dua prosiding iaitu laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dan juga sebutan nusyuz bagi kali pertama bagi pasangan selebriti itu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abdul Hassan menjelaskan bahawa sebelum ini pihaknya pernah memfailkan nusyuz pada 6 April lalu bagi tuntutan yang pertama.

Menurutnya, asas nusyuz tersebut difailkan bukan kerana pihak ketiga.

Asasnya tak boleh balik ke rumah sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dan tidak balik ke rumah.

Petang ini juga akan berlangsung prosiding laporan JKP antara Farid dan Diana.

Kedua-dua pihak ada hadir dan mengadakan perbincangan (JKP) tetapi laporan perlu ditunggu.

Jika tidak selesai, mahkamah kena putuskan berlaku shiqaq atau tidak dan seterusnya ke proses hakam.

Dalam pada itu, ketika ditemui OhBulan! Di perkarangan mahkamah, bapa Farid hanya menjawab ringkas tentang prosiding hari ini.

Tiada nak komen apa, cuma saya harapkan yang terbaik.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

@ohbulanofficial

Penjelasan dari Peguam Fakhrol Azman yang mewakili Farid Kamil #ohbulan #fyp #news

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×