berita

[VIDEO] Bapa Meninggal Akibat Covid-19, Anak Nikah Tepi Van Jenazah ‘Tunai’ Hajat Bapa

January 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti menginginkan kehadiran ibu bapa mereka dalam majlis penuh bersejarah itu. Tetapi tidak semua bernasib baik dan mampu memenuhi keinginan tersebut. Hal ini kerana, ada sesetengah daripada mereka sudah kehilangan ibu bapa tercinta sebelum sempat mereka mendirikan rumah tangga.

Begitulah juga yang dialami oleh pasangan merpati dua sejoli ini selepas bapa pengantin perempuan telah pergi buat selama-lamanya.

Nikah tepi van jenazah

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Tribunnews, pasangan pengantin dari Indonesia ini nekad mengadakan majlis akad nikah di sebelah van jenazah arwah bapa pengantin perempuan yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Difahamkan, tarikh majlis pernikahan tersebut telah dirancang sejak bulan Ogos tahun lalu tetapi siapa sangka, bapa pengantin perempuan telah pergi menghadap Ilahi sehari sebelum majlis perkahwinan anaknya itu berlangsung.

Pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Fina Athaula Nurjanah Jatmiko berkata, pada awalnya dia agak keliru samada mahu meneruskan majlis pernikahan ataupun tidak tetapi memandangkan kad undangan telah diedarkan maka dia membuat keputusan untuk mengadakan juga majlis tersebut.

Permintaan arwah bapa


Bukan itu sahaja, Fina berkata itu juga merupakan amanat yang ditinggalkan oleh arwah bapanya yang ingin melihat Fina memakai baju pengantin adat Jawa.

Sebab ini keinginan bapa. Bapa ingin melihat saya memakai baju adat jawa. Disini saya menuruti permintaan bapa walaupun dia sudah tiada.

Berikutan daripada itu, mereka membuat keputusan untuk mengadakan majlis pernikahan sebelum jenazah arwah dikebumikan. Berdasarkan video pendek yang viral di media sosial memaparkan pengantin lelaki sedang bersalaman dengan abang pengantin perempuan sambil disaksikan oleh ahli keluarga dan saudara-mara yang lain.

Sumber: Tribunnews, Facebook

SKIP THIS AD ×