berita

[VIDEO] Baru Je Keluar Penjara, Lelaki Terduduk & Menangis Di Kubur Bila Tahu Ibu, Kakak Dah Meninggal Dunia

September 22nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat dibayangkan betapa sedihnya perasaan seorang anak apabila mendapat berita bahawa ibu tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Lebih meruntun hati apabila berita pemergian si ibu hanya diketahui selepas dia keluar dari penjara.

Anak tak tahu ibu meninggal dunia

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok, Hera Elestra. Berdasarkan video pendek itu kelihatan seorang lelaki berada di kawasan perkuburan untuk menziarahi kubur arwah ibunya. Menurut Hera, adik lelakinya itu baru sahaja dibebaskan selepas enam bulan menjalani hukuman di penjara. Malah, sepanjang tempoh di tahanan, dia langsung tidak tahu mengenai pemergian ibu tersayang.

Selepas enam bulan di tahanan. Hari ini dia bebas terus bawa jumpa mak.

Lelaki itu terus terduduk selepas mengatahui bahawa kubur yang berada di depannya itu adalah milik ibu tersayang. Apa yang membuatkan penonton sebak apabila melihat lelaki ini memeluk batu nisan sekuat hati sambil menangis merindui si ibu.

Selepas jumpa mak, bawa dia jumpa kakak pula yang baru je pergi 10 hari, mak pula 100 hari.

Kita kena redha adik. Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak beritahu adik masa dalam penjara. Lagi-lagi PKP, keadaan tidak mengizinkan.

Meskipun begitu, mereka sekeluarga kini redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Di ruangan komen, kebanyakan netizen mendoakan agar keluarga ini diberi kekuatan dan ketabahan bagi menempuhi hari-hari yang mendatang.

Video sebak

Ziarah kubur mak & kakak

Sumber: Hera Elestra

SKIP THIS AD ×