berita

[VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Anak Kecil Ini Nangis & Peluk Cikgu Buat Kali ‘Terakhir’ Undang Sebak

March 31st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Perpisahan merupakan suatu hakikat yang menyakitkan apatah lagi apabila ia melibatkan antara hubungan seseorang yang sangat akrab dengan kita.

Begitulah juga yang dilalui oleh anak kecil ini apabila terpaksa berpisah dan berjauhan dengan guru tercinta. Sedihnya!

‘Allah tahu Fahim kuat’

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh seorang guru di TikTok memaklumkan bahawa anak muridnya yang dikenali dengan nama Fahim akan mengikut ibunya berpindah selepas kehilangan bapa tercinta. Oleh hal demikian, Fahim juga akan berpindah ke sekolah baru. Lebih meruntun hati apabila melihat anak kecil ini tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata semasa memeluk gurunya.

Anak murid kami yang kehilangan bapa. Hari ini dia jumpa kami untuk kali terakhir. Fahim kuat ye, jaga diri dekat sekolah baharu. Ya Allah jagakan dia.

Allah tahu Fahim kuat. Allah sayang Fahim dengan Umi. Sebak rasanya. Teacher semua sayang Fahim.

Dalam kesempatan itu, wanita ini mengakui sedih dengan perpisahan tersebut selain berharap agar Fahim sentiasa dibawah lindungan-Nya. Tangisan dan kesedihan Fahim turut dirasai oleh netizen yang menonton video ini. Mereka berharap agar anak kecil ini diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala ujian hidup. Malah, tidak kurang juga yang mendoakan agar Fahim menjadi seorang anak yang soleh dan berjasa kepada orang tua.

Sedihnya…

@ongkedekkAnk murid kami yg kehilangan bapa?hrni dia jumpa kami untuk kali terakhir?fahim kuat ye,jg mama,jg diri kt skolah baru?ya allah jg kan dia?? original sound – eidacute_gt.??

@ongkedekkAllah tahu fahim kuat?allah syg fahim gn umi?sebak rasanya?ticer semua syg fahim?? Ku Lepaskan Kau Pergi – Album Version – Spring

‘Sayu tengok dia’

Sumber: Katak Hijau 

SKIP THIS AD ×