Anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mengalami bengkak yang teruk di bahagian muka.
Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Naik Angin Aaisyah Dihina – ‘Tolong Delete! Jangan Main Taik Dengan Aku’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Nasihat Aaisyah Jangan Jadi Pemalas, Pandai Buat Kerja Rumah – ‘Mak Hang Hantaran RM93k, Aaisyah Nanti RM900k’
Aaisyah alami alahan
@rozitachewan1 Baqu tau yg aaisyah tak boleh makan ketammmmm.. habih bengkak muka dia .. lepas mkn ja terusss naikkkkk … so pas ni lega mummy dh tk yah beli ketam???? #mahal? . #aaisyahshiarana #alergic #fyp
Menerusi perkongsian TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik video memaparkan wajah Aaisyah yang kelihatan bengkak kerana alahan pada makanan.
Menurut Che Ta, dia tidak mengetahui bahawa Aaisyah mempunyai alahan pada ketam.
Baru tahu Aaisyah tak boleh makan ketam, habis bengkak muka dia. Lepas makan je terus naik.
Jadi lepas ni lega mummy dah tak payah beli ketam.
Netizen beri nasihat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati melihat keadaan Aaisyah.
Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati aktres berusia 51 tahun itu supaya membawa puterinya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Pergi hospital dan buat ujian alahan, boleh tengok alahan apa yang Aaisyah alami.
Saya pun selepas buat ujian alahan baru tahu tak boleh makan ketam juga.
Kesiannya, harap cepat surut bengkak. Lepas ini sediakan siap-siap ubat terus.
Sumber: TikTok Rozita Che Wan