berita

[VIDEO] Bas Bawa Pelajar Terjunam Ke Dalam Tasik, 21 Orang Maut

July 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seramai 21 orang penumpang dilaporkan telah meninggal dunia selepas bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sebuah tasik di China. Lebih meruntun hati apabila mengetahui bas tersebut membawa sekumpulan pelajar yang akan menjalani peperiksaan kemasukan universiti.

Rempuh penghadang jalan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sky News, kejadian itu berlaku ketika bas tersebut melalui di kawasan wilayah Guizhou. Insiden ngeri yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan bas terbabit secara tiba-tiba telah melintasi enam lorong laluan trafik sebelum merempuh penghadang jalan dan terjunam ke dalam tasik Hongshan.

Susulan daripada kejadian itu, seramai 21 orang disahkan meninggal dunia dan 15 orang berjaya diselamatkan. Kesemua penumpang yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Misi menyelamat dijalankan

Difahamkan, bas tersebut dipercayai membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah untuk menjalani peperiksaan kemasukan universiti. Operasi secara besar-besaran bagi menyelamat dan mengeluarkan bas tersebut daripada tasik masih dijalankan.

Jabatan Pengurusan Kecemasan Guizhou memaklumkan lebih daripada 200 orang termasuk 55 penyelam profesional telah turun padang membantu misi menyelamat. Menurut sumber, punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Sumber: Sky News, Youtube

SKIP THIS AD ×