berita

[VIDEO] Bawa Gambar, Baju Arwah Suami Photoshoot Gambar Raya Family

May 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Kehilangan orang yang kita sayang merupakan momen yang paling sedih dan agak sukar untuk diterima namun, kita sebagainya hambaNya perlu akur dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Seperti perkongsian seorang ibu kepada tiga cahaya mata yang tetap cekal meneruskan sesi bergambar walaupun ketiadaan suami di sisi.

Bergambar bersama gambar arwah

Foto: Tangkap layar video

Sudah menjadi tradisi bagi mana-mana keluarga untuk mengambil gambar secara beramai-ramai bersempena Hari Raya Aidilfitri untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Bagaimanapun, menerusi dua buah video yang dimuat naik oleh seorang ibu tunggal di laman TikTok dikenali sebagai UmiLyssa masih meneruskan tradisi tersebut dan membawa gambar dan uniform arwah suaminya untuk bergambar bersama.

Arwah suaminya yang dikenali sebagai Mohd Zulhisham difahamkan telah meninggal dunia tiga tahun yang lepas. Walaupun pahit untuk ditelan, mereka masih kuat dan ‘tersenyum’ semasa proses bergambar itu berlangsung.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan kagum dengan ketabahan anak beranak ini. Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Video penuh:

@lyssasham84Al-Fatihah Papa??Arwah Mohd Zulhisham??##SiAnakYatim ##fyp? ##fyp ##TahunKetigaBerayaTanpaPapa ##tiktok ##videoviralitiktok ##fyp??viral ##MogaKuatAnak2Mummy? Ayah – Laoneis

@lyssasham84##fyp??viral ##videoviralitiktok ##mogatenangdisana?? ##kesayanganduniaakhirat ##MogaBertemuDisyurga ##fyppppppppppppppppppppppp ##fyp ##fypsounds##alfatihah? original sound – ?????????

Sumber: UmiLyssa

SKIP THIS AD ×