berita

‘Ameena Nak Panggil Fafau Auntie Ke Kakak Ke Mama?’ – Fizi Ali

August 23rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Fizi Muat Naik Gambar Fafau dan Ameena

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali meraih perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama anak perempuannya, Ameena dan Farah Fauzana di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: ‘Bila Dia Salam Rasa Macam Nak Akad Nikah Pula’ – Netizen Dakwa Fizi Ali Bagi ‘Hint’ Nak Kahwin?

‘Ameena nak panggil Fafau apa?’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Menerusi hantaran tersebut, Farah Fauzana atau lebih mesra disapa Fafau itu dilihat mendukung anak tunggal perempuan Fizi itu ketika bergambar bersama.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ialah kapsyen ditulis Fizi yang bertanyakan apakah panggilan sesuai yang boleh digunakan Ameena untuk memanggil Fafau.

Ameena nak panggil Fafau auntie ke kakak ke atau mama? Ehhhh, yang mana ons?

Respon netizen

Fizi Muat Naik Gambar Fafau dan Ameena

Fizi Muat Naik Gambar Fafau dan Ameena

Fizi Muat Naik Gambar Fafau dan Ameena

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat gambar yang dimuat naik Fizi. Mereka juga berpendapat adalah sangat sesuai sekiranya Fizi dan Fafau dijodohkan bersama.

Sekadar info, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34, pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun memilih untuk bercerai selepas tiga tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×