Pelawak dan usahawan, Ali Puteh hilang sabar apabila warganet terus menerus mengecam dan memfitnahnya berikutan kemelut yang berlaku antara dirinya dengan kakak ipar, Nor Hidayah Amzah yang masih berlarutan hingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Kongsi Kronologi Usaha Selesaikan Kes Saman RM60,000 Kepada Balu Abam Bocey
Artikel Berkaitan: Difitnah Zalim Guna Duit Orang Lain Untuk Berniaga, Ali Puteh Minta Ibu Kepada 3 Anak Tampil Mohon Maaf
Mohon netizen henti dakwaan
Menerusi siaran langsung di TikTok, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tidak mampu menahan air mata kerana kesal dengan tomahan yang dilemparkan terhadapnya.
Dalam nada sebak, Ali berkata anaknya juga terkena tempias selepas isu yang melanda dirinya dan Hidayah sering tular dan mendapat perhatian di media sosial.
Bayangkan anak saya pergi sekolah orang ejek ‘bapa kau makan harta anak yatim’.
Saya jual sambal elok-elok, tak kacau orang dan berniaga dengan isteri saya. Ada yang kata saya pakai duit anak yatim untuk berniaga. Astaghfirullahalazim.
Orang tak faham, sebab tu orang bercakap. Itu sebab saya kata berhenti bercakap sebab ianya salah.
Sementara itu, Ali juga memaklumkan bahawa dia menghormati perintah mahkamah berkenaan tanggungjawab terhadap anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun.
Orang tanya saya, ‘anak arwah tu tanggungjawab dan anak sedara’.
Saya dapat surat hadanah dari mahkamah, kami tak boleh nak ambil anak tu tanpa sebab.
Bagaimanapun, pelawak berusia 34 tahun itu tetap menghargai kehadiran isteri yang banyak membantunya menyelesaikan bayaran saman terhadap Hidayah.
Saya menangis dekat bucu katil, dia kata ‘tak apa aku ada, kalau tak cukup duit kita gadai barang kemas. Tak apa kereta aku pun ada, jom kita pergi jual’.
Terdahulu, Ali menyatakan dia kini sedang berusaha untuk melangsaikan bayaran tersebut dengan menjual motosikal dan mengumpul wang menggunakan hasil jualan sambal.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan terhadap wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.
Video
@ohbulanofficial Ali Puteh hilang sabar apabila warganet terus menerus mengecam dan memfitnahnya berikutan kemelut yang berlaku antara dirinya dengan kakak ipar, Nor Hidayah Amzah.. #ohbulan #sembangentertainment #aliputeh #hilang #sabar
Sumber: TikTok Ali Puteh