Sebagai orang yang lebih muda, kita dituntut untuk menghormati golongan yang lebih tua. Adab dan sopan santun masyarakat Timur menekankan perkara ini sehingga wujud kata-kata ‘Yang tua dihormati, yang muda disayangi’.
Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang warga emas dipercayai dilayan dengan teruk oleh beberapa orang remaja. Video tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Selamba je dia buat macam tu
Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Ahmas Qayyum Haikal di Group Lapa Soho Kelantan (LSK) memaparkan beberapa orang remaja lelaki sedang mengacah-acah untuk memukul seorang wanita tua. Jika dilihat dari video berdurasi 0:30 saat itu, perbuatan kurang sopan itu dipercayai dilakukan oleh 2 individu iaitu seorang daripadanya seakan ingin menendang wanita berkenaan sementara seorang lagi merakam aksi tersebut.
Bukan itu sahaja, wanita terbabit seperti mahu mempertahankan diri tetapi akhirnya tidak berjaya sehingga dia nekad untuk berlari sebelum meninggalkan kawasan tersebut. Menurut sumber yang diperoleh, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Bachok di Kelantan. Walau bagaimanapun, punca kejadian masih belum dikenalpasti.
Respon netizen
‘Kurey ajar nate budok ni’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan tidak puas hati dengan tindakan remaja-remaja terbabit. Tidak kurang juga ada yang berharap agar pihak polis akan menahan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap remaja-remaja terbabit.
Sumber: Ahmas Qayyum Haikal