Tiada angin tiada ribut, seorang wanita yang dikenali sebagai Ziela Rashid tampil membuat aduan mengenai bekas kakak iparnya yang enggan membayar hutang.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Tuntut Hutang, Dakwa Penyanyi Wanita Liat Bayar RM150,000? – ‘Perangai Serupa Dengan Taik!’
Artikel Berkaitan: ‘Takkan La Saya Berani Buat’ – Dikecam Kerana Edar Produk Di SJR, ‘Founder’ Kecantikan Tampil Beri Penjelasan
Tak payah nak lari
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ziela berkata, pelakon tersebut baru sahaja menang anugerah di sebuah majlis yang berprestij baru-baru ini.
Okey saya nak buat aduan mengenai seorang pelakon yang baru ni menang anugerah. Saya nak dia tampil ke depan dan tolong bayar hutang saya dan suami sebanyak RM208,745.59. Tak payah nak lari ini semua keputusan mahkamah dan sudah diputuskan dia kena bayar dekat saya.
Ujar Ziela, dia tidak sangka bekas kakak iparnya itu sanggup melarikan diri dan tidak membayar hutang mereka. Tambah Ziela, pelakon itu sudah muflis.
Jangan nak tunjuk tak bersalah. Itu hasil usaha titik peluh kami isteri. Saya sangat rapat dengan dia sebab dia bekas kakak ipar saya, bukan kawan-kawan kenal sehari dua. Sanggup dia buat macam tu dekat saya. Saya terkilan. Dia dengan megah walaupun status dah muflis.
Disoal sama ada sudah berbincang di luar mahkamah ataupun tidak, Ziela secara ringkas menjawab dia pernah menghantar beberapa surat tuntutan kepada pelakon tersebut namun, pihak di sebelah sana memilih untuk tidak memberi kerjasama sehingga kes tersebut perlu diteruskan di mahkamah.
Saya bagi surat tuntutan bayaran, personal loan dan satu biji kamera. Dia tak nak bagi kerjasama dan saya teruskan ke mahkamah. Keputusan akhir pada tahun 2024 dia memang bersalah dan wajib bayar amaun itu dekat saya.
Berbicara lebih lanjut, Ziela berkata, dia tidak tahu sama ada pelakon tersebut menerima surat dari mahkamah ataupun tidak kerana sering menukar rumah dan tidak mengemaskini alamat.
Sebelum ini ada mediasi . Saya bagitahu boleh bayar sikit-sikit. Dia secara ego ajak trial. Dia kalah. Bagi dia tak ada hutang. Saya boleh bertolak ansur tapi dia tak mengaku. Kami tak boleh terima. Jadi jangan percaya dengan pelakon wanita ini. Tipu sana sini tak nak bayar. Lebih kurang 700 ribu dia hutang dekat orang. Bagi dia tak salah sebab orang melabur dekat dia.
Di akhir temu bual, Ziela berharap bekas kakak iparnya itu tampil berbincang dan membayar hutangnya dalam tempoh masa terdekat.
Sekarang saya nak pelakon wanita itu sudah-sudah tnjuk muka baik dengan tutur kata yang tertib. Kita tak akan halal satu sen pun yang hang ambil. Jangan lupa bagitahu dekat waris. Kalau jadi apa-apa dekat hang harap waris akan ke depan bayar hutang hang. Kalau tengok video ini tolong telefon, kita boleh berbincang. Hang belajar agama tinggi. Tak takut azab?
Video
View this post on Instagram
Sumber: Melodi