Bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera iaitu Ananda Natasha menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan penceraian mereka berpunca daripada kelahiran anak mereka yang kelainan upaya iaitu Alisha Puteri.
Artikel Berkaitan: Andika Putera & Natasha Hadir Ke Mahkamah – ‘Hari Ini Selesailah Urusan Kami’
‘Tak ada kena mengena langsung’
Menerusi TikTok, Natasha tampil memberikan jawapan selepas menerima komen daripada seorang pengikutnya di ruangan komen.
Menurut Natasha, penceraiannya dengan Andika sama sekali tidak mempunyai hubung kait dengan Alisha yang dilahirkan dalam keadaan sumbing.
Netizen komen, ‘Terfikir diaorang bercerai sebab terpaksa atau mungkin kalau bersama zuriat-zuriat yang terhasil akan ada problem dari segi fikizal atau mental’.
Sebenarnya saya taknak ulas mengenai penceraian lagi tapi saya risau kalau-kalau komen sebegini boleh timbulkan salah faham.
Yang pertama, penceraian saya tak ada kena mengena langsung dengan zuriat ataupun Alisha. Kedua, ada juga yang kata kami bercerai mungkin disebabkan genetik dan sebab saya orang jauh.
Itu pun tak ada kena mengena sebab kalau Allah dah takdirkan seseorang itu akan dapat zuriat yang sebegitu, maka jadilah ia.
Tak kisahlah doktor ke apa ke dan kalau korang kahwin dengan orang lokal sekali pun boleh terjadi juga.
Tambah Natasha, ramai sahaja orang tempatan bahkan mempunyai kerja yang bagus dikurniakan zuriat yang dilahirkan dalam keadaan sumbing.
Saya ada masuk group ‘cleft’ dan ramai saja orang tempatan bahkan ada yang doktor dikurniakan anak dalam keadaan sumbing.
Bahkan ada yang lebih teruk daripada itu. Kenapa? Sebab itu adalah takdir Tuhan.
Di akhir video tersebut, Natasha berharap agar orang ramai tidak lagi menjadikan zuriat sebagai isu kerana itu sedikit sebanyak akan mengguriskan hati anaknya, Alisha.
Korang janganlah cakap pasal zuriat, kesian Alisha. Terasa dia tau.
Sumber: TikTok Ananda Natasha