berita

[VIDEO] Bekas Isteri Safee Sali Terima Kifarah? – ‘Tak Mengapalah Orang Tak Tahu’

March 27th, 2024 | by Alia
Kini Trending

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan isterinya, Fitria Elfina Maharip sah bercerai talak dua di Mahkamah Syariah Kuala Selangor pada Selasa.

Kemelut rumah tangga mereka didakwa kerana wujudnya orang ketiga.

Artikel Berkaitan: Safee Sali Ceraikan Fitria Dengan Talak Dua

Artikel Berkaitan: ‘Betul, Saya Sudah Kahwin…Apa Salahnya?’ – Safee Sali

Dilabel perampas?

fitria safee.jpg

Menerusi podcast Mingguan Wanita, Fitria mendedahkan bahawa terdapat segelintir individu yang mendakwa apa yang berlaku dalam perkahwinannya ketika ini adalah satu balasan.

Ia berikutan dia didakwa pernah menjadi punca keretakan rumah tangga Safee dengan bekas isteri pertamanya dahulu.

Ada orang cakap sebab Safee bercerai (isteri pertama) adalah dengan menyatakan bahawa saya ambil daripada bekas isteri dia, mereka kata ini kifarah untuk saya.

Menurut wanita yang berasal dari Indonesia ini, dia menerima apa sahaja kecaman berikutan tidak ramai yang mengetahui tentang kebenaran mengenai hubungan mereka.

Tak apalah, orang yang tahu je macam mana hubungan Safee dengan saya..cara saya berkenalan dengan dia hanya orang tertentu sahaja tahu macam mana.

Tak mengapalah, orang tak tahu..hanya Allah sahaja yang tahu. Saya pun tak berharap manusia untuk sukakan saya.

Dalam pada itu, Fitria menegaskan bahawa dia tidak pernah mengganggu perhubungan Safee dan bekas isterinya.

Ketika itu Safee pun dah ada masalah dengan bekas isteri, saya memang tak ada langsung dalam hubungan dia dan bekas isterinya.

Dalam perkembangan lain, Safee mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita lain pada 26 Januari lalu.

Untuk info, Safee dan Fitra mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Sebelum itu, bekas penyerang JDT tersebut pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada tahun 2007 namun berpisah pada 2 April 2012. Mereka juga mempunyai dua orang cahaya mata.

@mingguanwanita

Ramai Kata Saya Perampas Tapi – Sasha Fitria Elfina *Nantikan video penuh di YT & FB Mingguan Wanita pada 26 Mac 2024 jam 4.20pm

? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Sumber: TikTok Majalah Wanita

SKIP THIS AD ×