Bekas pembantu rumah pelakon Zarina Zainuddin yang dikenali sebagai Rahayu mendedahkan dia melarikan diri dari rumah aktres itu disebabkan tidak tahan dipukul oleh anaknya, Azil yang menghidap autisme.
Artikel Berkaitan: Kurang Ajar! Zarina Zainuddin Bengang Pembantu Rumah Lari Ikut Lelaki & Curi Barang Kemas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Zarina Zainuddin & Teman Wanita Dah Putus Cinta – ‘Dia Tak Pandai Macam Orang Lain’
Didakwa dipukul
Menurut Rahayu, dia juga mempunyai bukti dalam bentuk gambar dirinya dipukul oleh Azil.
Saya lari rumah kerana dipukul oleh Azil yang juga seorang autisme.
Saya juga mempunyai bukti dipukul oleh anak Zarina.
Rahayu mendedahkan mengenai perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok @atir638.
Dalam pada itu, Rahayu menafikan dakwaan dirinya mencuri barangan milik Zarina.
Katanya, jika benar dia mencuri mengapa aktres itu tidak membuat sebarang laporan polis.
Berkenaan mencuri barangan Zarina, satu helai habuk pun saya tidak bawa keluar dari rumah Zarina.
Jika benar saya mencuri, kenapa tidak membuat laporan polis ketika saya baru lari rumah.
Terdahulu, Zarina menerusi hantaran di Instagram mendedahkan pembantu rumahnya yang juga warganegara Indonesia dikenali sebagai Rahayu telah melarikan diri dan mencuri barang emas miliknya selepas mendapat gaji.
Zarina juga mendakwa pembantu rumahnya itu melarikan diri kerana mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas.
Sumber: TikTok