Usahawan sensasi, Kak KM sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas membelikan sebuah rumah buat kesemua anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Surprise Bawa Bekas Kekasih Anak Di Hari Jadi, Dedah Nabila Menangis Tiap Hari Lepas Putus Cinta – ‘Aku Tengok Kesengsaraan Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’
Kak KM beli rumah untuk anak
@kakkmsweetdaraofficial Alhamdullillah Rumah RaniA Sedia kan rumah untuk semua anak adalah bonus #syukur #kakkm #profkm #alhamdulillah #bismillah ? suara asli – Aji Kurniawan
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok memaparkan Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli bersama suami dan anak-anaknya teruja saat melihat keadaan rumah tersebut yang sudah lengkap dihiasi dan sedia untuk dihuni.
Menurut Kak KM, rumah tersebut merupakan milik anak ketiganya, Rania. Usahawan ini juga mendedahkan bahawa dia telah membelikan sebuah rumah untuk setiap anak-anaknya kecuali anak bongsu yang masih belum mempunyai aset sendiri.
Alhamdulillah, semua ada kecuali Cinta (anak bongsu)
Di ruangan kapysen, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini bersyukur dan terharu kerana mampu menyediakan rumah untuk anak-anaknya.
Sediakan rumah untuk semua anak adalah bonus.
Terdahulu, Kak KM pernah berkongsi momen gembira ketika membelikan rumah buat anak sulungnya, Nabila dan anak kedua, Faris.
Untuk rekod, Kak KM dan suami, Ramzan Ramli memiliki empat orang cahaya mata bersama.
Sumber: TikTok Kak KM