Pelakon Bella Astillah dan ibunya dilihat hadir di konti radio Era pagi ini sempena Hari Ibu.
Artikel berkaitan: ‘Cuba Interview Ruhainies Pula’ – Bella Astillah
Artikel berkaitan: Ruhainies Jawab Dakwaan Permohonan Maaf Tidak Ikhlas, Hanya Diri Sendiri & Allah Tahu – ‘Netizen Pun Dah Penat’
Tak akan buat mummy sedih
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Bella dan ibunya menerima pelbagai kejutan yang sangat istimewa sempena Hari Ibu. Paling mencuri tumpuan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengalirkan air mata tatkala mendengar ucapan daripada anak sulungnya iaitu Ayden.
Menurut Ayden, dia berjanji tidak akan membuat ibunya sedih sempena hari istimewa ini.
Assalamualaikum Mummy. Ayden nak cakap sama mummy. Ayden tak akan buat mummy sedih. Bila Ayden dah besar Ayden akan jaga mummy dan adik. Mummy jangan kerja banyak sangat, nanti mummy penat dan sakit. Happy Mothers Day. I love you so much.
Sebaik mendengar ucapan tersebut, Bella terus mengalirkan air matanya dan berkata, Ayden dan Ara merupakan anugerah yang paling berharga buat dirinya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Era