Pelakon Bellah Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bella Tak Makan.. Tak Boleh Tidur, Kurus Sangat’ – Puteri Sarah
Bella fail cerai
Peguam yang mewakiki Bella, Azmi Mohd. Rais berkata aktres itu memfailkan perceraian terhadap aktor tersebut pada Isnin.
Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.
Azmi berkata demikian ketika ditemui pada prosiding pertama kes perceraian Bella dan Aliff yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.
Sebenarnya, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (cerai) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.
Patutnya dia hadir pada hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, disoal adakah akan memberi peluang kepada Aliff, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia sudah beberapa kali memberikan peluang kepada suaminya.
Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff. Apa pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya juga sudah cakap dengan dia nak berpisah cara baik. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. Cinta tak semestinya memiliki.