Pelakon jelita, Bella Hanna mengakui tidak kisah sekiranya suami, Redza Rosli melakonkan babak berpegangan tangan dengan wanita lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Redza Rosli Kini Milik Pelakon Baharu, Bella Hanna
Bella Hanna bersikap profesional
@ayu_klang Bella memahami tugas Redza sebagai pelakon,nape nak cemburu. #fyp #redzarosli #bella #artist ? original sound – Ayu Strong women
Menerusi sesi siaran langsung, Bella atau nama lengkapnya Farhana Nabila Rosman, 28, memilih untuk bersikap profesional memandangkan dia memahami tugas dan tanggungjawab suaminya sebagai seorang pelakon.
Memang kerja, kita kena faham. Kita kahwin dengan pelakon, kena jadi profesional lah. Bukannya dekat luar set dia pegang, di dalam set tak apa.
Walau bagaimanapun, Bella berkata dia dan Redza tetap menjaga batas dalam setiap lakonan lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.
Jujurnya, saya tak kisah kalau itu kerja, Tapi mesti ada batas, lagi-lagi kalau kita dah berkahwin.
Saya rasa setakat ini, Redza (suami) tak ada lagi buat babak daring. Setakat pegang, berlapik saya okay.
Tambah pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu lagi, dia sebagai isteri sentiasa memberi sokongan kepada suaminya.
Saya pun pelakon, dan saya harap dia pun faham juga. Dia kena pegang atas komitmen kerja.
Jadi korang pun kena faham tugas seorang pelakon.
Untuk rekod, Bella dan Redza mendirikan rumah tangga pada 21 Jun lalu di Forest Valley Hall, Cheras.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Sumber: TikTok