Penyanyi rap, Ben Ladin menafikan dakwaan dirinya membuat gimik ekoran hantaran terbarunya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Ben Ladin Penat Dikejar Pemiutang, Minta Bapa Serah Diri – ‘Ganti Duit Mangsa, Jangan Play Victim’

Artikel Berkaitan: Ben Ladin Selamat Bergelar Bapa Di Usia 24 Tahun

Diuji masalah kesihatan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan dilihat berada di sebuah kedai gunting rambut.

Pada perkongsian itu, Ben dilihat memotong rambutnya sehingga botak berserta kapsyen yang menggambarkan dirinya sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Ujian saya awal tahun 2026.

Doakan Ben ya semua, semoga saya dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Bukan gimik

Dalam pada itu, pelantun lagu Rampung tersebut menjelaskan ekoran dakwaan dirinya yang membuat gimik bagi mengeluarkan lagu baru.

Jelas Ben, tiada sebarang gimik yang dirancang namun hanya mengharapkan doa orang ramai agar dikurniakan kesihatan yang sempurna.

Terima kasih yang mendoakan saya.

Saya hargai kepada semua yang komen baik-baik.

Orang ingat saya nak keluar lagu, bernazar, kacau isteri (video sebelum botak). Tapi semua ini bukan ya.

Harap jelas di sini dan terima kasih sekali lagi yang mendoakan kesihatan dan urusan saya sekelurga.

Sumber: Instagram @mohd_benladin